Tuesday, August 25, 2009

KELUAR DARI TEMPURUNG 2

Kecemerlangan insan akan dapat dikecapi bila kita mempunyai sikap yang positif dan dapat menangani semua masalah yang mendatang dalam kehidupan dengan mudah dan tenang sejajar dengan objektif buku ini. Masalah sebenarnya merupakan bebanan atau halangan bagi kita mencapai kecemerlangan kehidupan jadi kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh bagi mengatasinya dengan cekap dan cepat.
Kebanyakan buku motivasi yang ada ditulis oleh Pakar Motivasi Barat yang melihat isu motivasi ini samaada dari sudut Sosiologi ataupun Psikologi. Pakar Motivasi tempatan pula ada yang mencakup ilmu dari bidang yang sama sambil menerapkan nilai-nilai murni Islam di dalamnya. Buku-buku motivasi yang ada juga secara asasnya mendedahkan kaedah menangani masalah yang diasaskan oleh sarjana-sarjana Barat yang tidak berapa sesuai perlaksanaannya di negara ini. Pada masa yang sama ada juga yang menggunakan kaedah penyampaian dengan pengisian generasi terdahulu yang tak berapa sesuai untuk generasi kini kerana perubahan budaya yang telah berlaku.
Kalau penanaman pokok dahulunya dianalisa dari sudut saintifik, baru-baru ini satu kaedah baru telah dibentuk yang dinamakan bioteknologi yang menganalisa tumbuh-tumbuhan dari sudut kejuruteraan. Begitu jugalah dalam bidang motivasi. Buku di Luar Tempurung, menangani masalah ini berbeza dari buku motivasi yang lain kerana pengarang menganalisa bidang motivasi dari sudut pelaburan dan bukannya sudut saintifik dengan itu menambah kepelbagaian dalam bidang ini untuk dimanfaatkan bersama.
Buku ini mempunyai pelbagai pengisian dan sesuai untuk pembacaan umum juga remaja kerana pengarang menyajikan konsep-konsep mudah dalam isu menangani masalah seperti Konsep Puting Beliung, Konsep Perigi, Konsep Zon dan yang lainnya yang mudah difahami dan diaplikasi bersesuaian dengan keadaan dan kehendak semasa. Disamping itu juga ia padat dengan pengisian berbentuk inovasi pengembangan ilmu yang mampu mengasah minda pembaca untuk berfikir dari luar tempurung kebiasaan.


www.faizalyusup.net


No comments: