Tuesday, April 10, 2012

Rambut Sama Hitam Hati Lain-Lain




Berikut ini adalah antara halangan dalam percintaan antara seorang Lelaki dengan seorang Perempuan dan halangan-halangan inilah yang selalunya menjadi dugaan untuk dua orang yang bercinta dan selalu digunakan dalam drama lebih-lebih lagi cerita Hindustan.

Ugama
Daerah
Geografi
Ideologi
Sihir
Sakit
Suku kaum
Bangsa
Bahasa
Nama
Keturunan
Gelaran
Warna kulit
Kewangan
Salah faham
Kecurangan
Masalah kecacatan fizikal
Masalah mental
Masalah peribadi
·         Kekecewaan cinta
·         Kematian cinta
·         Lemah tenaga batin
·         Mati pucuk
·         Gay
Masalah sikap
·         Ganas
·         Pemarah
Masalah lain
·         Dadah
·         Arak
·         Maksiat
Status
·         Keluarga
·         Kerjaya
Manusia
·         Keluarga
·         Orang ketiga
Masalah sifat
·         Maruah
·         Rahsia
·         Fitnah
·         Takut
·         Kemaafan

Dan lain-lain lagi.


Walau bagaimanapun samaada anda percaya atau tidak masih ada pasangan yang melepasi halangan-halangan ini untuk bersatu, berkahwin dan hidup bahagia. Ada melayu yang kahwin dengan orang German, orang Arab, Orang perancis, orang India, Orang Cina dan sebagainya. Ada yang berkahwin walaupun berlainan darjat, ideologi, status, pengkat dan pelbagai halangan lagi. Ada juga yang berkahwin dengan kaki judi, kaki arak, kaki pukul, kaki disko dan kaki-kaki yang lainnya. Semua ini bukan halangan bagi mereka untuk memeterai cinta.

        Kekadang ia sungguh pelik bin ajaib kerana pasangan itu punya PERBEZAAN yang begitu ketara contohnya si lelaki hodoh, miskin, kerja biasa, berlainan ugama, berkulit hitam, tinggal di tempat yang begitu jauh yang kemudiannya berkahwin dengan doktor si cantik, kaya, berkulit cerah dan sebagainya dan..... mereka hidup bahagia. Bagaimana tu?

        Kita pula kahwin sesama melayu, sesama Islam, dalam status kehidupan yang lebih kurang sama, dengan rupa paras yang sama cantik, sama padan atau dalam ertikata lain mempunyai begitu banyak PERSAMAAN namun demikian rumah tangga porak peranda dengan pelbagai permasalahan. Lawak pula rasanya.


        Apapun manusia dijadikan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan dan Allah Taala menjadikan pasangan itu sesuai dengan dirinya iaitu manusia kahwin dengan manusia, lembu kahwin dengan lembu. Kalau ada manusia yang nak kahwin dengan lembu tu, itu manusia abnormal dan sebenarnya gila begitu juga kalau ada lelaki yang nak kahwin dengan lelaki dan perempuan yang nak kahwin dengan perempuan itu juga berada dalam kategori yang sama abnormal atau gila.

Oh Ya! Jangan salahkan NALURI! Naluri perempuan yang KONONnya terperangkap dalam badan seorang lelaki. Salahkanlah diri sendiri yang tak dapat mengawal naluri itu. Naluri tak bersalah! Samalah jangan salahkan NAFSU, nafsu makan, nafsu nak hisap rokok, hisap dadah, minum arak, buat maksiat, nafsu itu dan ini. Salahkanlah DIRI SENDIRI yang tak dapat mengawal nafsu nafsi.


Apapun semasa bercinta semuanya indah belaka namun setelah berkahwin semua ini keluar, semua ini muncul, pelbagai masalah mula mengganggu kerukunan rumah tangga. Rupanya keindahan cuma singgah sementara dikala bercinta dan hilang bila tembelang mula terbuka.

Apapun perhatikanlah begitu banyak persamaan antara kita dengan pasangan kalau dibandingkan dengan orang lain yang terpaksa mengatasi pelbagai halangan sebelum dapat mendirikan rumahtangga. Mungkin kerana semua tragedi ini menyebabkan mereka menghargai pasangan mereka itu. Yelah, susah nak dapat maka susahlah nak lepas! Bukan macam kita yang senang dapat maka senanglah nak lepas agaknya. Patutlah begitu ramai yang bercerai berai.

Persoalannya kenapa kita dan pasangan yang punya banyak persamaan tetapi masih boleh bersengketa hingga menyebabkan cerai berai?


Walaupun kita punya begitu banyak persamaan namun setiap individu punya pelbagai nilai dan prisip kehidupan yang berbeza. Namun demikian kita semua sebenarnya boleh disatukan dengan ugama.

Menjadi umat Islam atau dilahirkan sebagai seorang Islam sebenarnya adalah satu keistimewaan dan merupakan satu nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang memahaminya. Islam adalah ugama sempurna yang mana hukum hakamnya begitu jelas dan membawa kepada kebenaran.

Biar saya jelaskan dari sudut pengisian. Pengisian mereka bersifat sekular dan terdapat pelbagai nilai dan nilai ini tidak punya satu base atau asas yang jitu dan benar. Nilai-nilai itu adalah nilai-nilai yang bersifat keraguan dan kalau mereka bertemu dengan satu asas atau base nilai yang benar sekalipun ia pastinya ada dalam ajaran Islam.

Ugama lain juga sebenarnya menyediakan base-base common ground ini dengan tujuan agar penganutnya mempunyai base common ground yang sama.

Jadi bagi mendapatkan perhubungan yang baik caranya ialah untuk mencari sebanyak mana common values antara 2 orang itu. Lagi banyak nilai persamaan ini sebenarnya lebih baik dan bakal menjadikan perhubungan itu dalam keadaan yang baik.

Bagi nilai yang tidak dipersetujui maka mestilah ada yang mengalah, dan pihak yang bertelagah itu mestilah menghormati pandangan pihak yang satu lagi.

Namun demikian kebanyakannya bersifat mahu membawa kebaikan. Tak ada ugama dan ideologi yang mahu membawa keburukan serta kerosakan.

Sekali lagi saya ulangi, mana-mana ugama malah ideologi sekalipun sebenarnya memberikan prinsip asas yang mana pengikut-pengikutnya boleh berdiri. Prinsip asas ini bertujuan untuk memberikan kesatuan dengan ruang lingkup kepercayaan yang sama. Orang yang berugama Hindu misalnya mempunyai kepercayaan yang Sungai Ganges Khan itu boleh menghapuskan dosa, mereka juga percaya kepada hukum karma dan sebagainya. Itu adalah antara prinsip dalam ugama mereka yang mesti dipercayai oleh penganutnya. Orang Kristian pula percaya paderinya boleh menghapuskan dosa, percaya kepada trinity dan sebagainya yang juga mesti dipercayai oleh pengikutnya.

Begitu juga dengan ugama Islam yang punya base atau asas seperti Rukun Iman dan Rukun Islam dan sebagainya untuk diikuti dan dipatuhi oleh semua penganutnya. Pegangan kepada Al Quran dan Sunnah merupakan garis panduan yang utama bagi seorang muslim itu. Kepercayaan di atas base atau asas yang sama inilah yang sebenarnya akan menyatukan semua penganutnya. Malangnya kesatuan ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai disebabkan variasi pemahaman manusia dalam tafsirannya.

Keadaan ini samalah juga keadaannya dalam perihal suami isteri iaitu untuk mencari nilai persamaan diantara mereka. Mencari base untuk berdiri di atas asas yang sama.

Suami dan Isteri yang baru berkahwn bakal punya pengisian, penerapan dan pembentukan diri yang berbeza. Dalam hal ini sekiranya pengisian dalam diri keduanya merupakan pengisian yang sekular maka ia akan punya banyak masalah dalam mencari toleransi atau nilai umum di antaranya. Satu tiitik nilai umum yang boleh diterima oleh kedua-dua mereka harus dicari.

Mari kita ambil contoh ini ;

Sikap PRIHATIN

Seorang isteri yang terlalu prihatin dan mengambil tahu semua perihal suaminya mungkin akan melemaskah suaminya. 24 jam bertanya abang dimana, dah makan belum dan berak belum, dah kencing belum dan sebagainya boleh menimbulkan masalah. Ia tak menjadi masalah bagi suami yang suka akan keadaan demikian kerana dia juag punya nilai yang sama yang suka bertanya perkara yang sama pasa isterinya namun bukan semua lelaki begitu.

Si isteri berkata ia tanda kasih sayang disamping men“jaga” suami takut dikebas orang tapi ia juga boleh merimas dan melemaskan suaminya itu. Dalam hal ini satu titik umum perlu dicari.

Isteri Prihatin Level      1   2   3   4   5   6   7   8   9   10
Suami Prihatin Level    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10

        Disebabkan Sifat Keprihatinan suami berada di tahap 5, tak seprihatin isteri maka lambat laun isterinya akan terasa.

Dia akan berkata,

“Saya rasa saya begitu menghargai suami tetapi suami saya selalu buat tak tahu je. Tak adil pulak rasanya.

Ini adalah salah satu contoh. Banyak contoh lain perbezaan sifat dan sikap di antara pasangan yang sebenarnya ada dan perlu dianalisa, dicari, dikaji, diselidiki. Setelah perbezaan itu ditemui maka tindakan mengatasi dan menanganinya harus diambil dengan harapan ia akan dapat mensejahterakan rumahtangga. InsyaAllah.

Saya suka membuat analogi perbezaan orang dunia dengan orang akhirat dalam menerangkan PERBEZAAN ini. Begini analoginya,

Pengisian Islam umpama berjalan lurus ke hadapan sedangkan nilai sekular pula umpama orang yang jalan dengan cara yang berbeza-beza. Merangkak, zigzag, mengundur, jalan cara itik dan sebagainya. Islam berasaskan kebenaran dan jalan yang lurus sedangkan pengisian sekular penuh dengan penipuan, manipulasi, bertopeng, cantik di luar sedangkan busuk di dalam.

Oleh yang demikian, pasangan lelaki dan perempuan yang sama-sama punya pengisian Islam umpama berjalan bergandingan berpimpinan tangan melalui jalan yang lurus kerana Allah Taala sedangkan pasangan yang penuh dengan pengisian sekular seorang akan kelihatan merangkak-rangkak dan seorang lagi kelihatan menari-nari tango menjalani perjalanan kehidupan tanpa asas yang jitu.

Kesimpulannya carilah titik persamaan maka dengan ini InsyaAllah hidup anda akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Yusuf Islam pernah berkata budaya sekular umpama kapal yang sedang tenggelam namun demikian ramai yang berkejar-kejar mahu menaikinya.

Prof Hamka pula pernah berkata, mereka yang bahagia di akhirat akan juga bahagia di dunia.


Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

No comments: