Lihatlah dari mata hati.. Kehidupan dunia yang tiada erti... Blog ini ditulis berasaskan Buku Keluar Dari Tempurung Terbitan Utusan Publications yang telah berada di Pasaran...
Friday, October 21, 2022
Monday, March 24, 2014
DOA BUAT MH370
Assalamualaikum...
Hari ini FY ingin mengambil kesempatan untuk mengungkapkan rasa sedih dan pilu atas tragedi yang menimpa penumpang dan anak kapal MH370. Innalilillah... serta salam takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan crew yang terlibat. Al Fatihah kepada yang beragama Islam semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh mereka.
FY
Thursday, October 24, 2013
PERCUMA - NOVEL DARI FAIZAL YUSUP
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA...
FY ADA HADIAH PERCUMA UNTUK SEMUA - NOVEL PALING BEST PERNAH DIBACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 1 - KARYA FAIZAL YUSUP. LAYARI -
Sunday, October 20, 2013
Sampaikanlah walau satu ayat
Hidup ini sebenarnya mudah sahaja. Ikut, patuh, taat, redha, ikut arahan, ikut hukum hakam, jangan mempersoalkan Allah Taala maka percayalah hidup akan menjadi mudah. Ingat Allah, bersolat, ikut sunnah Nabi dan apa juga yang diperintahkan Allah Taala maka hidup ini akan menjadi tenang dan bahagia.
Inilah peripentingnya mencari maklumat, ilmu dan pengetahuan, menimba sebanyak mana ilmu kerana ilmu-ilmu ini bakal memberi kefahaman dan membetuk sahsiah diri insan yang baik serta berakhlak mulia.
Pun begitu Allah Taala tidak punya blog, tidak punya FB account dan sebagainya. Allah Taala menurunkan Kitab Al Quran sebagai panduan kepada manusia. Rasulullah SAW pula telah lama wafat. Namun demikian arahan dan saranan untuk berdakwah, untuk menyampaikan telah lama dikeluarkan kepada orang Islam, kepada muslimin dan muslimat demi untuk memperkembangkan syiar Islam. Maka kitalah umat Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ilmu-ilmu Allah ini.
Kita jugalah yang diamanahkan untuk meniru dan mengikut cara kehidupan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Baginda dikurniakan dengan akhlak yang termulia maka dengan berbuat demikian kita juga bakal punya akhlak yang baik.
Sebenarnya Allah menjadikan akhlak dan budi pekerti yang mulia ini sebagai kayu ukuran yang utama dalam menentukan kedudukan seseorang di sisiNya mahupun di sisi manusia. Orang kaya, lawa, berpangkat juga hakikatnya tiada nilai sekiranya punya sikap yang buruk. Orang hodoh, miskin dan papa lebih bernilai anda dia punya akhlak yang baik. Inilah kelebihan mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia.
Kepada penyampai, Allah Taala janjikan ganjaran yang banyak. Jadi, sampaikanlah walau satu ayat. Sampaikanlah di alam maya mahupun alam nyata. Sampaikanlah di FB, di blog, di media sosial di media massa mahupun dimana sahaja agar yang tak faham menjadi faham dan yang faham akan menjadi lebih faham. Maka dengan kefahaman ini bakal menjadikan kita insan yang baik dan berakhlak mulia. Insan yang membawa manfaat kepada orang lain. Insan yang menjadi khalifah untuk memakmurkan dunia fana ini. Ketahuilah dunia bakal jadi aman, tenang dan makmur andai semua manusia faham dan punya ilmu kehidupan ini.
Ingatlah dunia ini hanya main-main, akhirat jugalah yang kekal abadi.
Sampaikanlah ilmu Allah walau satu ayat.
Sekian dulu.
FY
Wednesday, March 6, 2013
Lukisan Faizal Yusup
Assalamualaikum...
Dalam entri kali ini FY hanya ingin memamparkan hobi sambilan FY iaitu melukis. FY memang suka melukis sejak dari kecil lagi dan ia dimulakan dengan lukisan-lukisan superhero Marvel Comic dulu. Kebanyakan karya FY berupa kartun-kartun dan menjelang umur 37 tahun FY telahpun boleh melukis potret. Ia merupakan pencapaian peribadi tetapi taklah FY ketengahkan kerana pada FY melukis benda hidup hukumnya makruh, jadi ia hanyalah untuk kepuasan diri sendiri.
Apapun di sini FY paparkan lukisan dinding yang FY lukis dalam bilik anak bujang FY. Gambar Spiderman dan Batman.
FY
Friday, December 21, 2012
Thursday, December 13, 2012
Thursday, December 6, 2012
Tuesday, December 4, 2012
Friday, November 30, 2012
Thursday, November 29, 2012
Sunday, November 18, 2012
Sunday, November 11, 2012
Saturday, November 10, 2012
Friday, November 9, 2012
Thursday, November 8, 2012
Wednesday, November 7, 2012
Sunday, November 4, 2012
Sunday, October 28, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

































