Tuesday, April 24, 2012

Bertudung itu Lebih Baik



Ada seorang gadis muslimah yang bertudung telah ditahan di sebuah lapangan terbang di negara Barat kerana disyaki membawa bahan yang terlarang. Pihak kastam telah membawa gadis itu ke dalam sebuah bilik khas untuk tujuan pemeriksaan. Maka pihak kastam negara tersebut telah mengarahkan dia membuka pakaian untuk diperiksa.

Namun gadis itu menolak dengan penuh hikmah dengan mengatakan hukum menutup aurat bagi seorang wanita kepada kastam tersebut.

“Kenapa kamu perlu memakai pakaian yang sedemikian rupa, bukankah ia merupakan satu kebebasan untuk memilih apa yang kita mahu pakai?” Kata kastam mat saleh tersebut.

“Sekiranya ia satu kebebasan maka saya bebaslah untuk memilih berpakaian begini..” Jawab gadis itu perlahan.

“Maksud saya, di sini perempuan lebih suka mendedahkan bahagian-bahagian tertentu badan mereka dan mereka berbangga dengan aset yang mereka ada. Malah ada yang sanggup menghabiskan duit untuk membesarkan payu dara dan sebagainya. Saya juga lebih suka melihat perempuan yang terdedah begitu.” Hujahnya pula.

Gadis muslimah itu kemudiannya mengeluarkan dua bungkus coklat dari dalam begnya. Satu dibukanya dan dibiarkan terdedah di atas meja dan satu lagi masih elok dalam bungkusan.

“Coklat yang manakah yang tuan pilih?” Tanya gadis itu.

“Erkk!..” Kastam Mat Saleh itu tercengang.

“Bukankah benda yang elok selalunya dibungkus rapi dan benda yang tak elok selalunya terdedah?”

Begitulah kisahnya...

Lagipun mereka yang terdedah ini selalunya dihubungkaitkan dengan keburukan sedangkan mereka yang tertutup itu selalunya dihubungkaitkan dengan kebaikan.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

Carilah Ilmu Pengetahuan


Saidina Ali karamullahu wajhah telah menjelaskan 10 kelebihan orang yang berilmu

Pewaris para Nabi
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, " Orang-orang yang berilmu adalah pewaris para nabi" hadis riwayat Imam muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW, " sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga"

Pengawal yang setia
Saidina Ali berkata, "kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita"

Banyak kawan
Kata Ali," para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org yang berilmu mempunyai ramai kawan"

Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja."

Ilmu tidak boleh dicuri
ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim, " bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu."

Tidak pernah habis
tidak seperti harta yang akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kepada yang cerdik pandai, "apakah barang yang boleh disimpan lama?" jawab mereka, " iaitu barang-barang yang apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yang kamu miliki."

Menyinari jiwa
Lukman al Hakim berkata kepada anaknya, "wahai anakku, duduklah bersama orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan Nur Hikmah (sinar ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit"

Penjelasan RAsulullah SAW yang diriwayatkan oleh At Tabrani daripada Abu Hurairah, " sesorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)

Tiada terbatas, sentiasa bertambah

Taat kepada Allah SWT
Firman Allah, Surah Al-Fathir, ayat 28, " sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu"

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu abdil Birri, " orang yang berilmu itu merupakan kepercayaan Allah di muka bumi"

Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah SAW ini, "sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan ilmu tentang Allah adalah bermanfaaat. Sedangkan amal yang banyak yang disertai dengan kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat"

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…