Tuesday, April 24, 2012

Bertudung itu Lebih Baik



Ada seorang gadis muslimah yang bertudung telah ditahan di sebuah lapangan terbang di negara Barat kerana disyaki membawa bahan yang terlarang. Pihak kastam telah membawa gadis itu ke dalam sebuah bilik khas untuk tujuan pemeriksaan. Maka pihak kastam negara tersebut telah mengarahkan dia membuka pakaian untuk diperiksa.

Namun gadis itu menolak dengan penuh hikmah dengan mengatakan hukum menutup aurat bagi seorang wanita kepada kastam tersebut.

“Kenapa kamu perlu memakai pakaian yang sedemikian rupa, bukankah ia merupakan satu kebebasan untuk memilih apa yang kita mahu pakai?” Kata kastam mat saleh tersebut.

“Sekiranya ia satu kebebasan maka saya bebaslah untuk memilih berpakaian begini..” Jawab gadis itu perlahan.

“Maksud saya, di sini perempuan lebih suka mendedahkan bahagian-bahagian tertentu badan mereka dan mereka berbangga dengan aset yang mereka ada. Malah ada yang sanggup menghabiskan duit untuk membesarkan payu dara dan sebagainya. Saya juga lebih suka melihat perempuan yang terdedah begitu.” Hujahnya pula.

Gadis muslimah itu kemudiannya mengeluarkan dua bungkus coklat dari dalam begnya. Satu dibukanya dan dibiarkan terdedah di atas meja dan satu lagi masih elok dalam bungkusan.

“Coklat yang manakah yang tuan pilih?” Tanya gadis itu.

“Erkk!..” Kastam Mat Saleh itu tercengang.

“Bukankah benda yang elok selalunya dibungkus rapi dan benda yang tak elok selalunya terdedah?”

Begitulah kisahnya...

Lagipun mereka yang terdedah ini selalunya dihubungkaitkan dengan keburukan sedangkan mereka yang tertutup itu selalunya dihubungkaitkan dengan kebaikan.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

No comments: