Monday, April 9, 2012

Membentuk Anak Yang Soleh dan Solehah






Salam buat semua..

Lama juga saya tak menulis dalam blog yang saya sayangi ini. Mungkin sepanjang cuti sekolah ini saya begitu sibuk melayan kerenah anak-anak di rumah dengan menjalankan pelbagai aktiviti bersama hingga saya kesuntukan masa untuk menulis di ruangan ini.

Apapun topik kali ini pendek sahaja iaitu berkenaan dengan anak-anak.

Ia mengambil masa yang begitu lama untuk memahami kehidupan ini dan untuk menerapkan prinsip-prinsip yang benar dalam diri dan kemudian untuk menyampaikannya mahupun menerapkan nilai tersebut kepada anak-anak bukanlah satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi dalam era kemodenan ini yang mana mereka begitu terdedah dalam arus teknologi maklumat yang luas dan terbuka. Mungkin ia lebih mudah di zaman saya dahulu kerana tidak banyak pendedahan sekular yang berada di sekeliling saya pada masa itu. 

Sekarang TV, Internet, Media Massa, Video Games, Handphone, Movies dan sebagainya boleh dikatakan semuanya mengangkat nilai sekular dan tanpa tapisan yang tertentu boleh mengheret manusia ke lembah keduniaan ini dan tanpa disedari boleh menghanyutkan mereka yang berada di dalamnya. Inilah yang perlu kita sebagai ibubapa awasi. Benar ibubapalah yang membentuk anak menjadi Islam, Majusi dan Nasrani dan kalau kita ibubapa juga umpama ketam bagaimanakah kita boleh mendidik anak untuk berjalan lurus.


Dewasa ini ada ibubapa yang membelikan anak-anak mereka dengan pelbagai gajet handphone, PSP, Video Games, IPOD, IPAD dan pelbagai lagi tanpa disedari semua itu secara tak langsung menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anak-anak itu. Mereka bakal mendapat pengisian diri yang negatif, menjadikan mereka lesu kerana kurang bermain permainan fizikal, menjadikan mereka kurang pengetahuan dalam perhubungan sosial, menjauhkan hubungan keluarga dan banyak lagi kenegatifannya.

Hidup ini sementara dan begitu pendek, pejam celik 5 tahun berlalu, pejam celik 10 tahun berlalu dengan begitu pantas. Kita bakal meninggal dunia satu hari nanti maka tinggallah anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan kita yang seterusnya dalam era kemodenan yang jauh lebih mencabar dengan harapan mereka dan zuriat yang bakal mereka perolehi bakal menjadi generasi yang soleh dan solehah bagi meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini. Yang bakal berakhlak mulia dan mendoakan kedua ibubapanya. InsyaAllah.

Apapun ia bermula di sini. Selamat berjaya mendidik anak-anak dengan ilmu dunia juga ilmu akhirat! Pastikan apa yang kita berikan, masa yang kita luangkan bersama anak-anak itu punya objektif yang jitu!

Salam sejahtera daripada saya Faizal Yusup sebagai catatan buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi di lain masa... InsyaAllah.


www.faizalyusup.net
www.faizalyusup.blogspot.com

No comments: